- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 33
PROGRAM KARNIVAL BAHASA JIWA BANGSA BERSEMPENA DEKAD BAHASA KEBANGSAAN (DBK) DAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN (DMK)
Putrajaya, - Program Karnival Bahasa Jiwa Bangsa bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) Kementerian Belia dan Sukan Tahun 2026 telah diadakan bagi memupuk serta memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pelajar Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Sehubungan dengan itu, IKTBN Sepang telah mengambil bahagian dalam program yang berlangsung pada 10 hingga 12 Ogos 2026 bertempat di Menara KBS. Seramai 5 pelajar IKTBN Sepang telah mewakili institusi dalam Pertandingan Eksplorasi Bahasa secara berkumpulan dan 8 pelajar menyertai sukarelawan sebagai pembantu urusetia program yang berlangsung.
Penyertaan dalam aktiviti ini telah memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kreatif serta mengamalkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan. Hasil daripada penyertaan tersebut, pasukan pelajar IKTBN Sepang telah berjaya menerima Sagu Hati dalam Pertandingan Eksplorasi Bahasa dengan nilai hadiah sebanyak RM200.00.
Pencapaian ini merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap komitmen, kerjasama dan kesungguhan pelajar sepanjang menyertai aktiviti yang dipertandingkan. Pencapaian menerima Sagu Hati dalam Pertandingan Eksplorasi Bahasa turut menjadi satu pencapaian positif kepada IKTBN Sepang dan diharapkan dapat menjadi motivasi kepada pelajar untuk terus aktif menyertai program serta pertandingan pada masa akan datang.
#iktbnsepang
#tvetilkbs
#teamkbs
