Program Myfuture Agro@ILKBS - Asas Hidroponik

    Bagi mempelbagaikan kemahiran pelajar, Program MyFuture Agro@ILKBS (Asas Hidroponik) telah dilaksanakan dengan penglibatan 5 orang pelajar dari Jabatan Mekanikal Senggaraan. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas tanaman yang menggunakan kaedah Hidroponik sambil memperluaskan skop aplikasi pertanian dari sudut kemahiran mekanikal dan penyelenggaraan yang dipelajari oleh mereka. Sesi teori dan amali asas hidroponik ini dikendalikan oleh En Jasry dari Ranthing Empire dan pelajar juga diberi pendedahan mengenai kerja- kerja di lapangan projek hidroponik. Semoga program ini dapat memberi input bermakna kepada pelajar seiring dengan matlamat institut yang komited untuk melahirkan belia mahir yang berkebolehan dalam pelbagai bidang.

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.