PROGRAM PENTAS AKHIR PONDOK DAIE MUDA YADIM (PDMY) 2026

    Putrajaya - Program Pentas Akhir Pondok Daie Muda YADIM (PDMY) 2026 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Jun 2026 (Selasa) bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya. Seramai 40 orang pelajar telah hadir bagi menyertai dan menjayakan program ini.

    Majlis dimulakan dengan pendaftaran peserta dan ketibaan para tetamu jemputan sebelum disusuli dengan ketibaan barisan Pengurusan Tertinggi YADIM serta YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan tayangan montaj, diikuti ucapan aluan oleh Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, Yang Dipertua YADIM.

    Seterusnya, majlis telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, yang turut menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada para peserta agar terus menjadi pendakwah muda yang berilmu, berakhlak dan berwibawa. Kemuncak program menyaksikan persembahan Pentas Akhir Pondok Daie Muda YADIM (PDMY) 2026 yang memperlihatkan bakat, kreativiti serta penghayatan peserta dalam menyampaikan mesej dakwah hasil daripada latihan dan bimbingan sepanjang mengikuti program.

    Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderamata, Sijil Tamat Latihan Pondok Daie Muda YADIM 2026 serta Anugerah Pelatih Pondok Daie Muda YADIM 2026 kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang. Semoga penganjuran Program Pentas Akhir Pondok Daie Muda YADIM (PDMY) 2026 ini dapat melahirkan lebih ramai generasi pendakwah muda yang berilmu, berintegriti, berakhlak mulia dan mampu menyumbang kepada pembangunan ummah serta negara.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, urusetia dan pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

    #ilkbs
    #IKTBNSepang
    #MalaysiaMADANI
    #RakanBeliaYADIM

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.