- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 14
PROGRAM TAKLIMAT BERKAITAN PELUANG PENINGKATAN KELAYAKAN AKADEMIK DARI SIJIL KE IJAZAH DOKTOR FALSAFAH MELALUI PENGIKTIRAFAN PENGALAMAN KERJA
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia , Kementerian Belia dan Sukan selaku peneraju bagi Jawatankuasa Kerja Peningkatan Akademik (JKKPA) bagi Skim Perkhidmatan DV telah menganjurkan Program Taklimat berkaitan Peningkatan Kelayakan Akademik Melalui Pengiktirafan Pengalaman Kerja dengan kerjasama IKTBN Sepang.
Taklimat ini telah dijalankan di Dewan Sri Nilam, IKTBN Sepang pada 31 Mac 2026 dengan penyertaan lebih daripada 100 orang pegawai Skim DV dari pelbagai agensi TVET sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Program bermula dengan nyanyian Negaraku dan Lagu Selangor, Bacaan Doa dan Ikrar Rukun Negara dan sesi pertama diteruskan dengan Taklimat Pelaksanaan Pelan Latihan (Training Roadmap) Skim DV yang disampaikan oleh Dr. Sulaiha Ali daripada CIAST.
Sesi kedua adalah penerangan mengenai peluang peningkatan kelayakan akademik melalui pengalaman kerja (APEL) yang disampaikan oleh YM Tengku Nur Nadhirah daripada Pusat APEL Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pegawai SKIM DV yang hadir juga diberi penerangan mengenai Department of Advanced TVET di UTM oleh Dr. Mohamad Abdillah bin Royo. Ucapan penutup program ini telah disampaikan oleh Pn Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran BPKB, KBS yang mengharapkan agar taklimat yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada pengajar TVET untuk menggunakan peluang yang ada bagi meningkatkan kelayakan akademik.
#iktbnsepang
#tvetilkbs
