PROMOSI TVET IKTBN SEPANG DI KARNIVAL JELAJAH KERJAYA & PENDIDIKAN TINGGI

    Klang - IKTBN Sepang berkesempatan menyertai Karnival Jelajah Kerjaya dan Pendidikan Tinggi anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Sri Andalas, Klang. Program yang berlangsung di Dataran Gemilang, SMK Sri Andalas ini menjadi platform kepada IKTBN Sepang untuk mempromosikan peluang pendidikan dan latihan kemahiran TVET kepada para pelajar dan pengunjung.

    Melalui pameran dan perkongsian yang diadakan, pengunjung berpeluang mendapatkan informasi berkaitan program pengajian, bidang kemahiran serta laluan kerjaya yang ditawarkan di IKTBN Sepang. TVET membuka peluang, kemahiran membina masa depan! Jom kenali TVET, terokai bidang kemahiran dan bina masa depan bersama IKTBN Sepang!

    #IKTBNsepang
    #teamkbs
    #ilkbs
    #tvet

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.