- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 39
Rakan Muda Rakan Prihatin di IKTBN Sepang Sempena Hari Cuci Malaysia 2025
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang melalui Program Rakan Muda Rakan Prihatin telah melaksanakan Gotong Royong pembersihan asrama, bengkel dan persekitaran institut bagi menyokong sambutan Hari Cuci Malaysia 2025 bersempena dengan World Cleanup Day 2025. Program yang diadakan pada 27 September 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan pelajar, tenaga pengajar serta kakitangan IKTBN Sepang. Aktiviti gotong-royong dijalankan di tiga lokasi utama iaitu kawasan asrama, bengkel serta persekitaran institut. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan bilik dan koridor asrama, penyusunan semula peralatan di bengkel serta kerja-kerja pembersihan di kawasan sekeliling termasuk surau. Program ini bertujuan menyemai kesedaran tentang kepentingan kebersihan, selain menggalakkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar dan staf. Program ini bukan sahaja menjadikan kawasan institut lebih bersih dan kondusif, malah turut memupuk nilai tanggungjawab dan semangat gotong-royong. Sambutan Hari Cuci Malaysia di IKTBN Sepang tahun ini dianggap berjaya apabila seluruh warga institut berganding bahu memastikan suasana persekitaran lebih teratur dan selesa untuk semua.
#iktbnsepang
#haricucimalaysia2025
#ilkbs
#kbs
#35tahuniktbnsepang