- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 15
SEMINAR KEFAHAMAN EKSTREMIS DAN PENYELEWENGAN AKIDAH DALAM KALANGAN PIMPINAN PELAJAR IPT NEGERI SELANGOR
Shah Alam - Seramai 10 orang pelajar bersama seorang pegawai pengiring telah menyertai Seminar Kefahaman Ekstremis dan Penyelewengan Akidah Dalam Kalangan Pimpinan Pelajar IPT Negeri Selangor serta sesi dialog bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diadakan di Auditorium Dahlia, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada para pelajar berkaitan ancaman fahaman ekstremis serta penyelewengan akidah yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat masa kini. Selain itu, seminar ini turut membuka ruang dialog dan perkongsian ilmu secara langsung bersama pihak JAIS dalam usaha memperkukuhkan jati diri, pemikiran kritis dan kefahaman Islam yang sebenar dalam kalangan mahasiswa.
Semoga penglibatan dalam program ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada para peserta untuk terus menjadi pemimpin pelajar yang berilmu, berintegriti dan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih.
#ILKBS
#iktbnsepang
#SeminarAkidah
#CegahEkstremisme
