- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 48
SESI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PROGRAM CULLYVENTURE DI IKTBN SEPANG SESI 2/2026
Sepang - Sesi Pendaftaran dan taklimat Program Cullyventure di IKTBN Sepang telah dilaksanakan di Bilik Seminar IKTBN Sepang yang disertai oleh 12 orang pelajar dan ditemani oleh ibu bapa serta keluarga.
Program ini yang menawarkan kemahiran dalam bidang Pembuatan Roti kepada belia berkeperluan khas dan juga belia autisme lingkungan umur 18 hingga 30 tahun akan dilaksanakan selama enam bulan dan dijangka tamat pada bulan Mac 2027.
Pendaftaran program dimulakan dengan semakan nama dan dokumen yang berkaitan, disusuli dengan taklimat pelaksanaan program kepada ibubapa dan keluarga yang disampaikan oleh Penyelaras Program, Ts. Nurul Asikin binti Saari. Pengarah IKTBN Sepang, Pn Hamizatul Azura Binti Hamzah turut menyampaikan sedikit amanat sebagai mengalukan kehadiran pelajar dan waris yang bakal menjadi keluarga IKTBN Sepang untuk 6 bulan ini.
Pelajar dan waris juga dibawa melawat ke Bengkel Hospitaliti IKTBN Sepang dan sesi pendaftaran diakhiri dengan sesi bergambar. Semoga kesemua pelajar kekal bersemangat untuk menimba kemahiran dan pengalaman sepanjang tempoh program dilaksanakan serta dapat membina keyakinan diri untuk menjadi belia berkemahiran berimpak tinggi.
#MalaysiaMadani
#iktbnsepang
#cullyventure
#autismsupport
