SESI PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI – GLOBAL INSIGHTS IN ELECTRONIC PRODUCT DEVELOPMENT: FROM PROTOTYPE TO PRODUCTION READINESS

    Sepang - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menganjurkan sesi perkongsian kepakaran industri yang melibatkan penyertaan seramai 14 orang pengajar dan pegawai.

    Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan semasa industri elektronik, khususnya proses pembangunan produk bermula daripada peringkat prototaip sehingga ke fasa pengeluaran. Perkongsian telah disampaikan oleh wakil industri daripada Kyoritsu Electric (Malaysia) Sdn Bhd, sebuah syarikat multinasional yang mempunyai kepakaran dalam pembangunan dan pengujian produk elektronik serta penyelesaian automasi industri.

    Program ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan warga pengajar terhadap keperluan sebenar industri, seterusnya memastikan penyampaian latihan di IKTBN Sepang sentiasa selari dengan perkembangan teknologi dan kehendak industri semasa.

    #IKTBNSepang
    #TVETMalaysia
    #industryexpertise

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.