- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 7
SESI PROMOSI IKTBN SEPANG KEPADA PELAJAR DAERAH SEPANG MELALUI PROGRAM EKSPLORASI DIRI ANJURAN YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS)
SEPANG – IKTBN Sepang telah menerima kunjungan seramai 70 orang pelajar sekolah menengah daerah Sepang menerusi Program Eksplorasi Diri yang dianjurkan oleh Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang dan IKTBN Sepang.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas tamat persekolahan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuk sesi pengenalan YRMS, aktiviti pembangunan sahsiah dan pembentukan minda berkembang (growth mindset), serta ujian kerjaya dan personaliti bagi membantu pelajar mengenal pasti potensi diri dan kecenderungan kerjaya masing-masing.
Turut diadakan sesi perkongsian dan promosi TVET oleh IKTBN Sepang yang memberi penerangan mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran, kemudahan latihan yang disediakan serta prospek kerjaya yang ditawarkan kepada lepasan sekolah. Diharapkan program seumpama ini dapat membantu pelajar membuat perancangan masa depan yang lebih jelas dan berinformasi.
#iktbnsepang
#yayasanrajamudaselangor
#tvetilkbs
