SESI TAKLIMAT NEXUS GRAD BERSAMA PELAJAR IKTBN SEPANG

    Sepang, 28 Oktober 2026 - IKTBN Sepang melalui Cawangan Hubungan Industri (CHI) dengan kerjasama Nexus Future Sdn. Bhd. telah mengadakan Sesi Taklimat Nexus Grad bertempat di Auditorium Seri Baiduri, IKTBN Sepang.

    Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar Semester 1 dan 2 berkaitan persediaan memasuki alam pekerjaan, pembinaan profil digital serta peluang latihan industri sebagai persediaan menghadapi keperluan pasaran kerja semasa.

    Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan IKTBN Sepang dalam memperkukuh hubungan strategik bersama industri, di samping melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.

    Memperkasa Kemahiran, Membina Kerjaya, Melakar Masa Hadapan.

    #iktbnsepang
    #nexusgrad
    #tvetmadani
    #teamkbs

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.