VERIFIKASI PENILAIAN AKHIR PROGRAM SLDN BERINSENTIF TAHUN 2024

    Sesi verifikasi penilaian akhir bersama Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Program SLDN yang dijenamakan semula sebagai Akademi Dalam Industri (ADI) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Oktober 2025 di IKTBN Sepang. Sesi ini turut disertai oleh 10 orang penyelaras dan coach dari dua syarikat kerjasama iaitu KJM Aluminium Can Sdn. Bhd. dan Federal Metal Printing Factory Sdn. Bhd. serta penyelaras SLDN dan pengajar-pengajar Jabatan Mekanikal Senggaraan IKTBN Sepang. Program ini dilaksanakan bagi kod NOSS C331-012-03:2020 Operasi Penyelenggaraan Industri dan telah dilaksanakan selama 14 bulan bermula September 2024. Tahniah diucapkan kepada semua 13 orang calon yang telah berjaya menamatkan program latihan dan lulus dalam semua penilaian yang dijalankan.

    IKTBN Sepang,
    Bandar Baru Salak Tinggi,
    43900 Sepang, Selangor,

    No Tel : 03-8706 1720
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Please publish modules in offcanvas position.