Institusi ini dibina di atas tanah paya milik kerajaan negeri seluas 30 ekar di DUN Kawang (Parlimen Papar). Kerja pembinaan bermula pada 8 Ogos 2000 dan siap pada 4 Februari 2002, dengan perbelanjaan RM60 juta untuk bangunan serta RM95.11 juta bagi kelengkapan dan peralatan. Ia mula beroperasi pada 17 Januari 2003, manakala pengambilan pertama pada Julai 2003 seramai 63 orang.
Pusat ini berfungsi sebagai Centre of Learning (COL) bagi bidang Geomatik dan Ukur Tanah, dan menjadi peneraju Program Penjaga Jentera Voltan Tinggi B0 11kV (Separuh Masa) di Sabah.
Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
Jalan Limau Limauan, Kinarut,
Sabah Malaysia
Tel : +60 88-755 929