PERUTUSAN PENGARAH

    Image

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, dan Salam Sejahtera

    Selamat Datang ke Portal Institut Kemahiran Belia Negara, Kinarut, Sabah.

    Portal ini merupakan sebuah platform utama penyampaian maklumat dan rujukan kepada pihak yang berkepentingan seperti belia, ibu bapa, orang awam dan industri mengenai peluang latihan berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan di IKBN Kinarut, Sabah. Pendidikan TVET kini sangat signifikan dalam menyokong hasrat Kerajaan untuk membangunkan tenaga kerja mahir, berdaya saing dan relevan bagi memenuhi keperluan industri seiring dengan perkembangan teknologi. Perkara ini selaras dengan misi Dasar TVET Negara 2030 iaitu Malaysia Ke Arah Negara Maju Berpaksikan Modal Insan Berkemahiran.

    Pengajaran dan pembelajaran TVET di IKBN Kinarut turut menekankan elemen pembangunan modal insan seperti kerohanian, pembentukan sahsiah, disiplin, keusahawanan, sukan dan teknologi maklumat serta penempatan Latihan Industri bagi meningkatkan lagi daya saing serta nilai jati diri para pelajar. 

    Melalui portal ini, semua pihak yang berkepentingan dapat mengakses info berkaitan kursus-kursus TVET yang ditawarkan di IKBN Kinarut, Sabah samada secara sepenuh masa atau separuh masa termasuk kaedah permohonan dan kemasukan, inisiatif kerjasama dengan pihak industri serta lain-lain program.

    Terima kasih atas sokongan semua pihak dan IKBN Kinarut, Sabah terus komited dalam memperkasakan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam pendidikan TVET.

    Selamat melayari portal IKBN Kinarut, Sabah.

    Sekian.

    ZUARINI BINTI JUMAI

    Pengarah

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah

    Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut,
    Jalan Limau Limauan, Kinarut,
    Sabah Malaysia

    Tel : +60 88-755 929
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.