Image

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis merupakan sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) di bawah Kementerian Belia dan Sukan yang ditubuhkan bagi melahirkan belia – belia berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional. Institut ini berkeluasan 24 ekar dan terletak di kawasan Bukit Kubu, Kuala Perlis. IKBN Kuala Perlis mula beroperasi pada tahun 2003 dan pengambilan pertama pada tahun 2004. Perasmian institut ini telah disempurnakan oleh Ke Bawah Seri Paduka Baginda Yang di – Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 20 Mei 2006 bersamaan 22 Rabiulakhir 1427H.

    IKBN Kuala Perlis menawarkan latihan kemahiran dalam bidang seperti berikut : -

    a) Jabatan Teknologi Marin

    i. Sijil Lanjutan Teknologi Marin (Penyelenggaraan Marin)

    b) Jabatan Teknologi Automotif

    i. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Semburan Cat)

    ii. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kereta)

    iii. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Jentera Berat)

    iv. Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan)

    c) Jabatan Teknologi Awam

    i. Sijil Lanjutan Teknologi Awam (Lukisan Seni Bina)

    ii. Sijil Teknologi Awam (Juru perancah – Tubular)

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.