PERUTUSAN PENGARAH

    Assalammualaikum

    Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani

    Selamat Datang Laman Web Sesawang IKBN Kuala Perlis

    Saya ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian anda meluangkan masa untuk melawat laman sesawang rasmi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis.

    Laman sesawang ini diwujudkan sebagai platform rasmi untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institut, termasuk pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan, jalinan kerjasama strategik bersama pihak industri serta perlaksanaan program dan aktiviti pembangunan kepimpinan terkini yang melibatkan pelajar kami.

    Harapan kami agar segala kandungan yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia dan komuniti setempat di seluruh negara.

    IKBN Kuala Perlis komited untuk memastikan segala maklumat di laman ini sentiasa dikemas kini agar kekal releven, tepat dan mudah diakses. Kami percaya laman sesawang ini dapat berfungsi sebagai medium komunikasi yang berkesan antara pihak institut dan masyarakat umum.

    Sekali lagi, terima kasih atas kunjungan anda ke laman sesawang rasmi IKBN Kuala Perlis. Semoga segala informasi yang disediakan memberi manfaat dan inspirasi kepada semua.

    Zaliha binti Abu Bakar

    Pengarah 

    IKBN Kuala Perlis..

    Image

    Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Perlis
    Jalan Bukit Kubu
    02000 Kuala Perlis

    04 - 9855985
    04 - 9852434
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.