Image

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka ialah salah sebuah Institut Latihan Kemahiran Awam (ILA) yang beroperasi sepenuhnya di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandaraya Alor Setar, Kedah, institut ini mula beroperasi pada Oktober 2010. Berkeluasan 58 ekar, kampus dilengkapi kemudahan seperti blok pentadbiran, bangunan bengkel, dewan serbaguna, surau, dewan makan serta asrama lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 500 pelajar pada satu-satu masa.

    Matlamat penubuhan IKBN Naka ialah untuk menyediakan latihan kemahiran kepada belia lepasan sekolah dan pekerja sektor industri, memberi peluang kepada belia memperoleh kemahiran teknikal dalam bidang tertentu, serta memenuhi keperluan pasaran kerja yang semakin menuntut tenaga kerja mahir dan kompeten.

    Institut Kemahiran Belia Negara Naka
    Mukim Tekai, Pekan Naka,
    Kedah, Malaysia

    No Tel : 04 - 7993000
    No Faks : 04 - 7851269
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.