Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka terus komited dalam melahirkan belia berkemahiran tinggi, berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan industri yang semakin mencabar.
Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS), IKBN Naka memainkan peranan penting dalam membentuk generasi belia yang bukan sahaja mahir dalam aspek teknikal, malah mempunyai jati diri, sahsiah dan nilai kepimpinan yang tinggi. Kami percaya bahawa latihan yang berkualiti, berasaskan teknologi terkini serta berorientasikan industri adalah kunci utama untuk melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang berdaya saing di peringkat nasional dan global.
Selaras dengan matlamat Dasar TVET Negara dan aspirasi Malaysia Madani, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik program-program latihan, memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan pihak industri serta memastikan kemudahan dan prasarana sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Ini sejajar dengan hasrat untuk menjadikan IKBN Naka sebagai pusat kecemerlangan TVET yang unggul di utara tanah air.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tenaga pengajar, staf sokongan serta para pelajar yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Komitmen dan usaha gigih anda semua menjadi tulang belakang kepada kejayaan institusi ini.
Akhir kata, marilah kita terus berganding bahu dalam merealisasikan visi dan misi IKBN Naka demi masa depan belia dan negara tercinta. Sekian, terima kasih.
Ts. Ismawi bin Ismail
Pengarah,
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Naka
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang diberikan kepada IKSN. Semoga lawatan anda ke portal ini membawa manfaat dan memberi gambaran yang jelas tentang peranan penting IKSN dalam memajukan kemahiran belia negara.
Institut Kemahiran Belia Negara Naka
Mukim Tekai, Pekan Naka,
Kedah, Malaysia
No Tel : 04 - 7993000
No Faks : 04 - 7851269
Emel :