Perutusan Pengarah

    Image

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani

    Saya mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung ke Laman Web IKBN Pekan. Laman Web IKBN Pekan merupakan jendela informatif dan medium bagi kami berkongsi maklumat berkaitan peluang-peluang latihan kemahiran, program serta aktiviti yang dijalankan di IKBN Pekan.

    Sebagai salah sebuah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dibawah Kementerian Belia dan Sukan yang berperanan dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan tenaga mahir negara, IKBN Pekan sangat komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan program latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuhkan dan memperkasakan fungsi IKBN Pekan selaras dengan perkembangan teknologi terkini.

    Oleh itu, sebarang bentuk jalinan kerjasama serta sokongan amatlah dialu-alukan dan harapan saya agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Dasar TVET Negara 2030 yang bertujuan untuk melahirkan pekerja berkemahiran dengan pendapatan tinggi.

    Pengarah
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.