Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image

    Tenaga Mekanikal, Masa Depan Gemilang!

    Latihan hands-on, fasiliti moden & pensyarah berpengalaman – semuanya untuk anda yang mahu menguasai bidang Mekanikal. Dari enjin kecil hingga teknologi industri – semua bermula di IKBN Pekan!

    KECEMERLANGAN KEMAHIRAN, KEJAYAAN KEHIDUPAN

    Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini, serta bimbingan pakar, IKBN Pekan menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.

    KURSUS
    0
    KAKITANGAN
    0
    GRADUASI
    0
    %
    PELAJAR
    0

    Tempoh Pengajian : 18 Bulan

    Sijil Pembaikan Struktur Pesawat - Kepingan Logam

    Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam kerja-kerja kepingan logam, termasuk pemotongan, pembentukan, dan penyambungan logam untuk pelbagai aplikasi industri.

    Prospek Kerjaya :

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 18 Bulan

    Sijil Pembaikan Striktur Pesawat - Komposit

    Program ini direka untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam penghasilan, pengendalian, dan penyelenggaraan bahan komposit seperti gentian kaca dan karbon.

    Prospek Kerjaya :

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 18 Bulan

    Sijil Pemasangan Paip Gas

    Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam kerja-kerja pembentukan, penyambungan, dan pemasangan paip serta komponen yang berkaitan, selaras dengan keperluan industri.

    Prospek Kerjaya :

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 18 Bulan

    Sijil Lanjutan Fabrikasi Peralatan Bertekanan - Logam

    Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam proses fabrikasi vessel, termasuk penandaan, pemotongan, penggulungan, dan pembentukan logam, selaras dengan keperluan industri.

    Prospek Kerjaya :

    Semak Pengambilan

    Tempoh Pengajian : 15 Bulan

    Diploma Pengurusan Fabrikasi Perpaipan - Minyak, Gas dan Petrokima

    Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan pengetahuan teori dan kemahiran praktikal dalam kerja-kerja pembentukan, penyambungan, dan pemasangan paip serta komponen yang berkaitan, selaras dengan keperluan industri.

    Prospek Kerjaya :

    Semak Pengambilan
    Image

    KURSUS SEPARUH MASA

    Tingkatkan kemahiran anda tanpa menjejaskan rutin harian dengan kursus separuh masa IKBN Pekan — fleksibel, praktikal, dan direka untuk membantu anda capai impian walau sibuk bekerja.

    Belia NEET? Jom Ubah Hidup Anda – PERCUMA!

    Latihan asas kemahiran jangka pendek di bawah Program STAR@U MyFuture Youth Plus – reskilling, upskilling & cross-skilling untuk masa depan lebih cerah.

    Modular & Praktikal – asas elektrik, operasi acara, asas kimpalan & lain-lain

    5 Hari Intensif – cepat, fokus & terus boleh praktik

    Bimbingan Pakar – tenaga pengajar berpengalaman

    Percuma 100% – tiada bayaran, khas untuk belia NEET

    MASA DEPAN CERAH BERMULA DI SINI

    IKBN Pekan menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:

    Image

    Pengajian Percuma

    Image

    Elaun Bulanan

    Image

    Kemudahan Perubatan

    Image

    Makan Minum Percuma

    Image

    Penginapan Percuma

    Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.

    Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.

    Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.

    Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.

    Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.

    Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.

    Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
    Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
    Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.

    Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.

    JEJAK KEJAYAAN

    Setiap tahun lahir ramai graduan berkualiti. Kami kongsi beberapa kisah sebagai inspirasi — bukti bahawa permulaan kecil mampu bawa anda jauh.

    Image

    KHAIRUL AZWAN BIN MOHD SAFRI
    Graduan IKBN Pekan

    Asal : Kuantan

    Bidang Kursus : Pemasangan Paip Gas

    Pekerjaan : Juruteknik

    Tempat Bekerja : CS Wind ASM Industries Portugal

    Gaji : RM 15,000.00

    Image

    MOHAMMAD RAIZ HAFIZI
    Graduan IKBN Pekan

    Asal : Kuantan

    Bidang Kursus : Pemasangan Paip Gas

    Pekerjaan : Juruteknik

    Tempat Bekerja : CS Wind Turkey

    Gaji : RM 6,500.00

    Image

    ANWAR MUHAMAD
    Graduan IKBN Pekan

    Asal : Kemaman

    Bidang Kursus : Pesawat Komposit

    Pekerjaan : Aircraft Composite Technician

    Tempat Bekerja : Singapore Airline Engineering

    Gaji : RM 13,000.00

    Image

    MUHAMMAD RAZIQ BIN MOHD RAZMI
    Graduan IKBN Pekan

    Asal : Kuantan

    Bidang Kursus : Pemasangan Paip Gas

    Pekerjaan : Pelajar

    Tempat Belajar : Universiti Malaysia Pahang

    Jurusan : Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.