PERUTUSAN PENGARAH

    Image

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

    Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, IKBN Seri Iskandar terus melangkah maju dalam usaha melahirkan generasi belia yang berkemahiran tinggi, berdisiplin, berdaya saing serta berakhlak mulia demi kemakmuran negara.

    Sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu, IKBN Seri Iskandar kekal komited dalam memperkasakan pendidikan dan latihan kemahiran sejajar dengan keperluan semasa industri. Pelbagai usaha penambahbaikan terus dilaksanakan dari aspek prasarana, kebajikan warga kerja dan pelajar, serta penyesuaian kurikulum agar selaras dengan perkembangan teknologi dan tuntutan pasaran kerja. Usaha ini membuktikan kesungguhan institut dalam memastikan pembelajaran sentiasa relevan dan berimpak tinggi.

    Warga IKBN Seri Iskandar tekad untuk terus memperkukuh imej institusi ini di mata masyarakat dan industri sebagai peneraju dalam bidang kemahiran. Lulusan IKBN masih relevan dan terus menjadi pilihan utama pihak industri kerana kemahiran yang dimiliki sentiasa memenuhi kehendak pasaran kerja semasa. Lulusan IKBN kini bukan lagi dianggap sebagai tenaga kerja alternatif, tetapi sebagai tenaga mahir yang menjadi tonggak utama dalam menjayakan agenda pembangunan negara berteraskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

    Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang berterusan dalam menjayakan setiap perancangan yang telah digariskan. Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai akan terus berkekalan serta meningkat dari masa ke masa. Saya juga berdoa agar IKBN Seri Iskandar sentiasa mendapat sokongan padu daripada pihak industri demi memastikan kelangsungan kecemerlangan bersama.

    Sekian, terima kasih.

    Pengarah

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar

    Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang diberikan kepada IKBN SERI ISKANDAR. Semoga lawatan anda ke portal ini membawa manfaat dan memberi gambaran yang jelas tentang peranan penting IKBNSI dalam memajukan kemahiran belia negara.