Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah telah dibina pada 2017 di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos pembinaan sebanyak RM53 juta, ini menjadikan IKBN yang kedua di negeri Kelantan. Telah beroperasi dengan pengambilan pertama pada September 2018. IKBN Tanah Merah berkeluasan 52 ekar lengkap dengan fasiliti seperti blok pentadbiran, bengkel-bengkel, 2 blok asrama berkapasiti 500 orang pelajar, surau, padang bola, gelanggang bola tampar, gelanggang bola jaring, surau, dewan serbaguna dan kuarters kakitangan.
IKBN Tanah Merah menawarkan Program Sijil Lanjutan Jahitan Lelaki dan Sijil Lanjutan Jahitan Wanita (Jabatan Teknologi Jahitan). Terdapat dua lagi program yang akan dilaksanakan pada tahun 2026 seperti Program Sijil Lanjutan Rekabentuk Industri (Jabatan Teknologi Mekanikal) dan Penjaga Jentera Elektrik (Jabatan Teknologi Elektrik).
IKBN Tanah Merah
Jalan Bukit Panau, Tanah Merah,
Kelantan, Malaysia
No Tel : +60 9-950 9900
No Fax: +60 9-950 9988
Email :