Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari portal rasmi Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah. Laman web ini menjadi salah satu platform bagi menyampaikan informasi dan berita terkini berkenaan IKBN Tanah Merah.
Sebagai sebuah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang berperanan melahirkan belia berkemahiran dan kompeten, IKBN Tanah Merah komited dalam berkongsi maklumat berkenaan program atau aktiviti yang sedang atau akan dijalankan di dalam portal rasmi ini.
Oleh itu, sebarang pandangan atau kerjasama yang ingin dijalinkan Bersama pihak IKBN Tanah Merah sangat dialukan. Semoga ini menjadikan IKBN Tanah Merah sentiasa mengikut arus perkembangan teknologi semasa dalam memperkasakan TVET.
MOHD IZWANDY BIN ISMAIL
Pengarah
IKBN Tanah Merah
IKBN Tanah Merah
Jalan Bukit Panau, Tanah Merah,
Kelantan, Malaysia
No Tel : +60 9-950 9900
No Fax: +60 9-950 9988
Email :