Image

    Sejarah penubuhan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) bermula daripada hasil memorandum yang disampaikan kepada Kabinet oleh Perdana Menteri Pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada bulan Januari 1966 bagi Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia. Kewujudan IKTBNAG merupakan pusat latihan kemahiran, bertujuan menampung belia-belia lepasan sekolah yang berumur 18 hingga 30 tahun. Bagi melahirkan tenaga mahir dan separuh mahir untuk memenuhi keperluan guna tenaga dan pembangunan Negara.

    Upacara pembukaan rasmi IKTBNAG disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Syed Ahmad Al-Haj Bin Syed Mahmud Shahabudin -Yang Di Pertua Negeri Melaka pada 20 Mei 2004 dan pada 5 November 2015 Institut ini telah dinaik taraf menjadi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah (IKTBNAG) dan telah disempurnakan perasmian oleh Y. Bhg YB. Brig Jen Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan.

    IKTBNAG telah dibina di atas tapak seluas 50 hektar di Masjid Tanah dalam Daerah Alor Gajah. Ianya terletak 34 kilometer dari Bandaraya Melaka Bersejarah berdekatan Kolej Komuniti Masjid Tanah dan berjiran Jabatan Unggas Cawangan Melaka. IKTBNAG juga merupakan bawah Rancangan Malaysia Ke 7 (1996-2000) dengan belanja sejumlah RM43juta. Kerja-kerja pembinaan telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada 19 Mei 2002 dan pengambilan pertama pelajar pada Januari 2003 dengan kapasiti 820 pelajar. Institut ini telah memulakan operasinya pada 16 Ogos 2002. Jumlah keseluruhan perjawatan ialah 92 yang terdiri daripada 24 perjawatan pengurusan dan 68 perjawatan kemahiran. IKTBNAG turut menyediakan pelbagai kemudahan-kemudahan kepada pelajari seperti asrama lelaki, asrama perempuan, makmal latihan kemahiran, makmal komputer, perpustakaan, bilik kuliah, dewan makan, dewan besar, surau dan gelanggang sukan.

    IKTBNAG ini menawarkan latihan kemahiran di dalam bidang Teknologi Hospitaliti (Pusat Kecemerlangan Bidang Hospitaliti) dan Teknologi Elektrik. Kursus Bidang Hospitaliti IKTBNAG menawarkan program seperti Penyajian, Penyediaan Makanan, Penyediaan Pastri dan Penyediaan Roti. Manakala bagi kursus Bidang Elektrik menawarkan program seperti Pendawaian Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik. IKTBNAG juga menyediakan Latihan Pembangunan Insan ke arah menzahirkan peribadi yang berakhlak mulia sesuai dengan aspirasi negara serta Latihan Keusahawanan bagi melahirkan usahawan belia yang berinovatif dan berdaya saing.

    Objektif IKTBN Alor Gajah

    Menyediakan latihan kemahiran dalam bidang Teknologi Hospitaliti dan Teknologi Elektrik mengikut piawaian kemahiran kebangsaan.
    Menyediakan latihan pembangunan insan ke arah menzahirkan peribadi yang berakhlak mulia mengikut modul yang ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
    Menyediakan latihan jangka pendek dalam bidang yang berkaitan bagi keperluan industri atau awam.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
    KM 34, Jalan Masjid Tanah,
    78300 Masjid Tanah, Melaka
    Malaysia

    No Tel : +606-385 1255
    Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.