Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Selamat datang ke Portal Rasmi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah.
Adalah menjadi hasrat saya agar portal ini berperanan sebagai platform yang bermanfaat dan berkesan dalam penyampaian maklumat, di samping memperkukuh hubungan strategik antara institusi kami dengan para pemegang taruh.
Tahun 2025 membuka lembaran baharu dengan pelbagai cabaran dan peluang. Sebagai institusi latihan kemahiran awam, IKTBN Alor Gajah berperanan penting dalam melahirkan belia yang berkemahiran, kompeten dan berdaya saing melalui pendidikan TVET yang berkualiti, inovatif dan relevan.
IKTBN Alor Gajah menawarkan dua bidang utama iaitu Jabatan Hospitaliti, yang diiktiraf sebagai Centre of Excellence (CoE) dalam bidang hospitaliti, serta Jabatan Elektrik yang memberi tumpuan kepada pembangunan tenaga mahir dalam sektor teknikal negara.
Saya amat yakin bahawa kedua-dua bidang ini dapat memperkukuh hala tuju institut sebagai peneraju latihan kemahiran yang dinamik, inklusif dan berpaksikan industri.
Semoga laman web ini menjadi wadah inspirasi, motivasi, serta sumber maklumat berguna untuk semua yang berminat dalam bidang TVET..
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang diberikan kepada IKTBN Alor Gajah. Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapan demi masa depan pendidikan TVET yang lebih gemilang..
Asmori bin Haji Sa'ahari
Pengarah IKTBN Alor Gajah
" IKTBN Alor Gajah Melahirkan Tenaga Mahir, Membina Masa Depan"
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah
KM 34, Jalan Masjid Tanah,
78300 Masjid Tanah, Melaka
Malaysia
No Tel : +606-385 1255
Email: