Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok merupakan sebuah Institusi Latihan Kemahiran Awam yang bernaung dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang telah memulakan operasinya pada 01 Ogos 2002 dengan keluasan tapak 23.2 hektar. Objektif utama penubuhannya ialah untuk memberi latihan kemahiran dan teknikal kepada belia-belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan di sektor Industri, swasta, kerajaan ataupun bekerja sendiri.
Konsep bina insan dan disiplin telah digabungkan bersama dengan Latihan Kemahiran supaya pelajar berupaya meneruskan pembangunan Negara di Era Globalisasi ini dengan semangat jati diri yang tinggi dan berupaya meneruskan kemahiran dan pembangunan Negara ke arah Negara Malaysia maju. Pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan latihan akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau Sijil Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) yang mana telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok
Kampong Tangok,
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
No. Telefon: 09-7787700
Emel: