Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat datang kepada semua pengunjung portal rasmi IKTBN Bachok ini. Laman ini dibangunkan adalah sebagai satu aliran informasi di antara Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dengan anda semua di mana ianya dicipta bagi memudahkan penyaluran maklumat melalui atas talian khususnya bagi menyahut seruan kerajaan dalam pengunaan Teknologi Maklumat melalui kaedah-kaedah terkini bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan terkini dan berkualiti.
Saya berharap agar informasi yang disediakan dapat memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak IKTBN Bachok dan secara tidak langsung ianya akan dapat membantu kami dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah organisasi yang melahirkan generasi muda yang "Profesional Terunggul".
Pihak IKTBN Bachok akan sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti portal ini supaya lebih baik dan berinformasi. Kami berharap laman rasmi ini akan dapat menyampaikan maklumat yang terkini dan jelas mengenai institusi ini. Kami juga mengalu-alukan cadangan dan komen membina daripada semua pelawat yang dihormati sekalian. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
MOHD SOUFI BIN MOHD IBRAHIM
Pengarah
IKTBN Bachok
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang diberikan kepada IKTBN Bachok. Semoga lawatan anda ke portal ini membawa manfaat dan memberi gambaran yang jelas tentang peranan penting IKTBN Bachok dalam memajukan kemahiran belia negara.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok
Kampong Tangok,
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
No. Telefon: 09-7787700
Emel: