PERUTUSAN PENGARAH

    Image

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

    Selamat datang ke laman portal rasmi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam, sebuah institusi pendidikan vokasional yang berwibawa dan bertaraf tinggi di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

    Saya, Ts. Junita binti Mohammed Ali, selaku Pengarah IKBN Bukit Mertajam, merasa amat berbesar hati dan penuh harapan apabila saudara dan saudari mengunjungi laman ini. Terletak di Berapit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, IKBTN Bukit Mertajam berdiri sebagai institusi utama dalam menyediakan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang menyeluruh dan relevan dengan perkembangan industri semasa.

    Kami menawarkan program-program kemahiran dengan persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), serta sijil kekompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam bidang teknologi yang mempunyai permintaan yang tinggi daripada industri iaitu:

    Teknologi Elektrik

    Teknologi Elektronik

    Teknologi Mekanikal

    Pendawaian Elektrik (PW4)

    Penjaga Jentera Elektrik

    Solar

    Elektronik Industri

    Mekatronik
    Penyelenggaraan Industri

    Kursus ini direka untuk memastikan pelajar kami dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran praktikal, dan etika kerja yang tinggi. Seiring dengan usaha membangunkan modal insan yang kompeten, kami turut menerapkan pendekatan menyeluruh melalui penglibatan aktif dalam bidang kokurikulum.

    Semoga laman portal ini menjadi platform maklumat yang efektif dan mesra pengguna kepada semua terutama pelajar, ibu bapa, rakan industri, dan masyarakat umum. Kami komited untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan memperkasa kecemerlangan dalam semua lapisan.
    Sekian, terima kasih.

    Ts. Junita binti Mohammed Ali
    Pengarah
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

    Please publish modules in offcanvas position.