Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua terletak 25km di sebelah Tenggara Kuala Lumpur dengan keluasan 81 ekar. Pada tahun 1941 sehingga 1944 ia digunakan sebagai Markas Hospital askar-askar Jepun. Selepas pemerintahan Jepun, diambil alih oleh British lebih kurang dua tahun sebagai tempat latihan Askar British.
Kemudian bertukar tangan kepada Askar Melayu sebagai Kem Tentera selama lima tahun. Selepas Perang Dunia Kedua, ia menjadi Kem Latihan Pasukan Polis Hutan dan kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia pada 22hb Jun 1966 dan dikenali sebagai Angkatan Belia Pelopor Negara.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
Km 25 Dusun Tua,
43100 Hulu Langat, Selangor
No Tel : 03-90217100
Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my