Image

    ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

    Dengan penuh rasa syukur dan takzim, saya melafazkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga IKTBN Dusun Tua atas komitmen dan dedikasi yang tidak berbelah bagi sepanjang tahun 2024. Teras pembangunan belia terus memperkukuh kurikulum berteraskan TVET kemahiran selaras dengan keperluan industri semasa. Penekanan kepada pembelajaran hands-on, kerjasama strategik dengan syarikat korporat, dan pensijilan kemahiran Dwi (Dual Certification) telah melengkapkan pelajar dengan kompetensi yang relevan dan berdaya saing.

    Transformasi ini menjamin graduan kita bukan sekadar sedia bekerja, malah mampu menjadi pemacu inovasi dalam ekosistem industri negara. Pelbagai pencapaian inovasi sepanjang tahun 2024 menyaksikan gelombang kecemerlangan hasil melalui penyertaan aktif dalam pelbagai pertandingan inovasi membuktikan bahawa budaya penyelidikan, reka cipta, dan keusahawanan telah sebati dalam DNA institusi ini.

    Kemenangan gemilang di World Skills Malaysia, kebanggaan terbesar tahun ini adalah kejayaan pasukan IKTBN Dusun Tua. Prestasi ini bukan sahaja mengangkat nama institusi, tetapi juga menegaskan bahawa kemahiran belia Malaysia mampu setanding di persada global. Kejayaan tahun 2024 adalah milik bersama. Mari kita terus bersinergi memacu IKTBN Dusun Tua ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang. Semoga menjadi inspirasi untuk kita melangkah lebih pantas, menjulang lebih tinggi, dan memberi impak lebih luas kepada bangsa dan negara.

    “TVET Memacu Negara, Belia Membina Masa Depan”

    Samsuri Bin Arif
    Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my