Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, Kemaman, Terengganu merupakan salah satu daripada 21 IKBN yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia. Terletak kira-kira 22 km dari Bandar Kemaman melalui Jalan Kemaman–Dungun, institut ini mula dibina pada 19 Disember 2007 dan beroperasi secara rasmi pada 18 Oktober 2010. Majlis Penyerahan Projek telah dilaksanakan oleh Pengarah Urusan Ledang Raya Sdn. Bhd. kepada JKR, sebelum diserahkan kepada wakil Kementerian Belia dan Sukan.
Dibina di atas kawasan seluas 50 ekar, IKBN Kemasik mampu menampung sehingga 500 orang pelatih pada satu masa. Pengambilan pertama pelatih bermula pada Julai 2011. Selaras dengan pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), IKBN Kemasik menawarkan program berfokuskan kemahiran dalam bidang Perhotelan, Hospitaliti, Multimedia dan Kosmetologi. Program ini direka untuk memenuhi keperluan industri serta melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing.
Bagi menyokong pembelajaran holistik, pelbagai kemudahan turut disediakan termasuk bangunan pentadbiran, bengkel latihan, perpustakaan, padang hoki, gelanggang futsal, gelanggang badminton, bola jaring dan bola tampar, surau, dewan makan, kuarters, asrama, dewan serbaguna serta kafeteria. Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan warga IKBN Kemasik, malah turut dibuka bagi tujuan sewaan kepada orang awam.
Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-866 4500
Emel: