Perutusan Pengarah

    Image

    Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat datang kepada semua pengunjung portal IKBN Kemasik ini. Laman ini dibangunkan adalah sebagai satu aliran informasi di antara Institut Kemahiran Belia Neagara (IKBN) Kemasik dengan anda semua di mana ianya dicipta bagi memudahkan penyaluran maklumat melalui talian internet khususnya bagi menyahut seruan kerajaan dalam pengunaan Teknologi Maklumat melalui kaedah-kaedah terkini bagi penyampaian maklumat dan perkhidmatan terkini dan berkualiti.

    Saya berharap agar informasi yang disediakan dapat memudahkan orang ramai berurusan dengan IKBN Kemasik dan secara tidak langsung ianya akan dapat membantu kami dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah organisasi yang melahirkan generasi muda yang "Profesional Terunggul".

    Akhir kata, pihak IKBN Kemasik akan sentiasa berusaha untuk membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti portal ini supaya lebih baik dan berinformasi. Kami berharap laman rasmi ini akan dapat menyampaikan maklumat yang terkini dan jelas mengenai institusi ini. Kami juga mengalu-alukan cadangan dan komen membina daripada semua pelawat yang dihormati sekalian. Segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

    Sekian.

    “Profesional Terunggul”

    Norlia binti Abdullah
    Pengarah
    IKBN Kemasik

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.