Selamat datang ke laman rasmi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh.
Sebagai sebuah institusi pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan, IKTBN Temerloh komited untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri dan ekonomi negara.
Kami percaya bahawa kemahiran adalah pemacu utama daya saing negara. Justeru itu, pendekatan kami berteraskan pembelajaran berasaskan amali, pemerkasaan teknologi, dan kolaborasi strategik bersama pihak industri. Setiap pelajar yang menjejakkan kaki ke IKTBN Temerloh bukan sahaja dibekalkan dengan kemahiran teknikal, tetapi juga nilai profesionalisme, etika kerja dan semangat inovasi.
IKTBN Temerloh terus memperkukuh ekosistem pembelajaran melalui peningkatan fasiliti, pengukuhan tenaga pengajar, dan penyesuaian kurikulum agar sentiasa relevan dengan kehendak pasaran semasa. Kami juga aktif menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi dan pemain industri bagi memastikan graduan kami bersedia untuk menyahut cabaran dunia pekerjaan yang semakin kompleks dan berdaya saing.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus menyokong usaha kami termasuk pelajar, alumni, rakan industri, komuniti setempat dan kementerian. Bersama-sama, kita akan terus memacu kecemerlangan TVET demi masa depan yang lebih mampan dan inklusif.
Sekian, terima kasih atas kepercayaan anda.
Azian bin Hussain
Pengarah
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh
SELAMAT MELAYARI PORTAL INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA TEMERLOH, DARI KAMI " TEAM IKTBN TEMERLOH "
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
Kampung Bongsu,
28500 Lanchang, Temerloh,
Pahang Darul Makmur.
09-2805550