Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image

    Kuasai Automotif & Mekanikal di IKTBN Temerloh!

    Kuasai Automotif & Mekanikal dengan latihan hands-on, fasiliti moden & tenaga pengajar bertauliah. Dari teori ke praktikal, semua dibimbing penuh aksi – inilah laluan ke kerjaya bertenaga & masa depan menyinar!

    KECEMERLANGAN KEMAHIRAN, KEJAYAAN KEHIDUPAN

    Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini, serta bimbingan pakar, IKTBN Temerloh menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.

    KURSUS
    0
    KAKITANGAN
    0
    GRADUASI
    0
    %
    PELAJAR
    0
    Image
    Melatih Pelajar Dengan Kemahiran Dalam Bidang Semburan Cat Meliputi Kerja-kerja Memeriksa Jenis Kerosakan Cat Dan Mengecat Semula Badan Kenderaan. Pelajar Akan Diajar Melalui Kaedah 70% Amali Dan 30% Teori Mengikut Persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (Jpk). Setelah Tamat Latihan, Pelajar Dapat Memahami Secara Teori Jenis-jenis Cat Yang Digunakan Untuk Mengecat Badan Kenderaan Serta Mampu Mengecat Semula Badan Kenderaan Dengan Baik Dan Sempurna.
    Image

    Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Vehicle Painting)

    Image

    Umur 18-30 Tahun, Belum Berkahwin, Tamat Tingkatan 5

    Image

    Tempoh Pengajian 27 bulan

    Image

    Elaun Bulanan, Tempat Tinggal & Makan Percuma

    Prospek Kerjaya : Supervisor Pusat Servis/ Juruteknik Semburan Cat /Usahawan Bengkel Semburan Cat

    Image

    KURSUS SEPARUH MASA

    Tingkatkan kemahiran anda tanpa menjejaskan rutin harian dengan kursus separuh masa IKTBN Temerloh — fleksibel, praktikal, dan direka untuk membantu anda capai impian walau sibuk bekerja.

    Belia NEET? Jom Ubah Hidup Anda – PERCUMA!

    Latihan asas kemahiran jangka pendek di bawah Program STAR@U MyFuture Youth Plus – reskilling, upskilling & cross-skilling untuk masa depan lebih cerah.

    Modular & Praktikal – asas elektrik, operasi acara, asas kimpalan & lain-lain

    5 Hari Intensif – cepat, fokus & terus boleh praktik

    Bimbingan Pakar – tenaga pengajar berpengalaman

    Percuma 100% – tiada bayaran, khas untuk belia NEET

    MASA DEPAN CERAH BERMULA DI SINI

    IKTBN Temerloh menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:

    Image

    Pengajian Percuma

    Image

    Elaun Bulanan

    Image

    Kemudahan Perubatan

    Image

    Makan Minum Percuma

    Image

    Penginapan Percuma

    Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.

    Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.

    Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.

    Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.

    Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.

    Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.

    Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
    Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
    Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.

    Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550