Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan yang merangkumi dua CU utama iaitu Guest Room Cleaning dan Housekeeping Guest Services dengan pengurusan bilik tetamu, termasuk pengemasan katil mengikut SOP hotel industri, pembersihan bilik air, penyediaan kemudahan bilik (amenities), serta teknik menghias bilik tetamu secara profesional. Selain itu, beberapa modul seperti pengendalian permintaan khas tetamu, lipatan tuala, susunan bunga asas, dan perkhidmatan dobi turut diajar bagi memastikan pelajar dapat memberikan perkhidmatan yang kemas, selesa dan mematuhi standard industri hospitaliti termasuk special request, asas folding towel, flower arrangement, dan perkhidmatan laundry. Di samping itu, aspek keselamatan dan etika kerja akan diambilkira sewaktu menggunakan peralatan pembersihan dan hiasan dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Prospek Kerjaya: Penyelaras bilik tetamu (Room Attendant / Chambermaid atau Public Area Attendant), Pembantu housekeeping hotel, Penyelia housekeeping, Fasilitator atau tenaga pengajar, Usahawan (Perkhidmatan hiasan dalaman / Pembersihan profesional).
Institut Kemahiran Belia Negara KemasikKm 19, Jalan Kemaman – Dungun,24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-866 4500Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST