Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan penyediaan dan pembuatan makanan, termasuk teknik asas dan lanjutan dalam memasak, pemotongan bahan mentah, penyediaan barangan katering, serta pengendalian peralatan dapur secara selamat dan efisien. Selain itu, beberapa modul seperti pengurusan dapur, kebersihan dan keselamatan makanan, serta pengendalian pelanggan turut diajar bagi memastikan pelajar dapat menyediakan hidangan berkualiti tinggi dalam persekitaran yang bersih dan teratur. Di samping itu, aspek pematuhan kepada prosedur dan piawaian keselamatan makanan akan diambil kira sewaktu menggunakan peralatan dapur, dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Prospek Kerjaya: Tukang masak (Chef), Pembantu dapur, Usahawan makanan (Katering / Gerai / Restoran), Perunding makanan, Tenaga pengajar kulinari, Penyelia dapur industri.
Institut Kemahiran Belia Negara KemasikKm 19, Jalan Kemaman – Dungun,24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-866 4500Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST