Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-09-04 04:07:32
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyediaan Roti)
    SHR 03
    SKM 3
    18 Bulan + 3 Bulan Latihan Industri
    IKBN Kemasik
    Jabatan Hospitaliti

    Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan penyediaan pelbagai jenis roti seperti roti putih, roti gandum, roti manis, roti berinti, dan roti artisan. Latihan merangkumi teknik asas dan lanjutan seperti pengadunan, pengulenan, penapaian, pembentukan, pembakaran, serta penyimpanan roti. Selain itu, beberapa modul seperti pengurusan dapur bakeri, kawalan kualiti produk, dan pengendalian pelanggan turut diajar bagi memastikan pelajar dapat menghasilkan roti yang berkualiti dalam persekitaran kerja yang bersih dan teratur. Di samping itu, aspek keselamatan akan diambilkira sewaktu menggunakan peralatan bakeri dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

    Prospek Kerjaya: Pembuat roti (Baker), Pembantu bakeri, Fasilitator atau tenaga pengajar, Pereka produk bakeri, Usahawan (Bakeri / Katering / Pembekal produk roti)

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.