Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan penyediaan pelbagai jenis pastri, kek, roti, dan pencuci mulut. Latihan merangkumi teknik asas dan lanjutan seperti mengadun, menguli, membakar, menghias, serta penyediaan krim dan inti pastri. Selain itu, beberapa modul seperti pengurusan dapur pastri, kebersihan dan keselamatan makanan, serta pengendalian pelanggan turut diajar bagi memastikan pelajar dapat menyediakan produk makanan dengan selamat dan berkualiti. Di samping itu, aspek keselamatan akan diambilkira sewaktu menggunakan peralatan dapur dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.Prospek Kerjaya: Pembuat pastri (Pastry Chef), Pembantu bakeri, Fasilitator atau tenaga pengajar, Pereka kek dan pencuci mulut, Usahawan (Bakeri / Katering / Pembekal produk pastri).
Institut Kemahiran Belia Negara KemasikKm 19, Jalan Kemaman – Dungun,24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-866 4500Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST