Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan pengurusan operasi kaunter hadapan di sektor perhotelan dan perkhidmatan. Latihan merangkumi kemahiran menerima dan mendaftar tetamu, pengendalian sistem tempahan, pengurusan rekod pelanggan, serta penyelesaian aduan dan pertanyaan secara profesional. Selain itu, beberapa modul seperti etika perkhidmatan pelanggan, komunikasi berkesan, pengurusan imej diri, dan pengendalian sistem komputer turut diajar bagi memastikan pelajar dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan mesra pelanggan. Di samping itu, aspek keselamatan dan kerahsiaan maklumat akan diambilkira sewaktu menjalankan tugas dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.Prospek Kerjaya: Penyambut tetamu hotel, Pegawai khidmat pelanggan, Penyelia kaunter hadapan, Fasilitator atau tenaga pengajar, Usahawan (Agensi pelancongan / Perkhidmatan pelanggan).
Institut Kemahiran Belia Negara KemasikKm 19, Jalan Kemaman – Dungun,24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-866 4500Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST