Pelajar yang mengikuti kursus ini akan diberi latihan secara teori dan amali berkaitan dengan asas penghasilan kandungan video seperti penulisan skrip, penggambaran, penyuntingan, kesan khas visual, serta pengurusan audio dan pencahayaan. Selain itu, beberapa modul seperti pengurusan produksi, pembangunan idea kreatif, dan komunikasi visual turut diajar bagi memastikan pelajar dapat menghasilkan video yang menarik, berkualiti tinggi, dan memenuhi kehendak industri. Di samping itu, aspek keselamatan dan etika penerbitan akan diambilkira sewaktu menggunakan peralatan rakaman dan perisian penyuntingan dengan berpandukan sistem pentauliahan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.Prospek Kerjaya: Penerbit video, Penyunting video, Jurukamera, Pereka kandungan digital, Fasilitator atau tenaga pengajar, Usahawan (Studio produksi / Kandungan media sosial).
Institut Kemahiran Belia Negara KemasikKm 19, Jalan Kemaman – Dungun,24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.
No. Telefon: 09-866 4500Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST