Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-09-04 05:57:58
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pesawat - Komposit)
    SMS 03
    SKM 3
    21 Bulan + 3 Bulan LI
    IKBN Pekan
    Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat

    Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Pesawat - Komposit)  SMS 03, Kod Program Operasi Pembaikan dan Pemeriksaan Struktur Komposit Aeroangkasa C331-016-3:2021 merupakan program latihan yang ditawarkan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, khusus untuk individu yang berminat dalam bidang teknologi komposit. Program ini direka untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam penghasilan, pengendalian, dan penyelenggaraan bahan komposit seperti gentian kaca dan karbon.

    Sepanjang kursus 21 bulan, diikuti 3 bulan latihan industri, pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik terkini dalam industri komposit, termasuk proses pembuatan, kawalan kualiti, dan aplikasi dalam pelbagai sektor seperti automotif, aeroangkasa, dan pembinaan. Latihan hands-on di bengkel yang lengkap dengan peralatan moden memastikan graduan bersedia untuk memenuhi keperluan industri semasa.

    Dengan memperoleh Sijil Komposit (SMS 03) dari IKBN Pekan, graduan meningkatkan daya saing mereka di pasaran kerja dan berpeluang menyertai industri yang berkembang pesat. Program ini juga membuka laluan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang teknologi komposit dan kejuruteraan bahan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.