Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran dalam mentafsir dan mengenalpasti simbol, komponen dan lukisan skematik, teknik pemasangan komponen serta pematerian (soldering). Pelajar akan cekap mengendali alat-alat pengukuran dan pengujian serta dapat mengenal pasti simpton dan jenis-jenis kerosakan dalam sesuatu litar elektronik. Pelajar juga mahir dalam membaik pulih litar elektronik, memprogram aturcara dan menguji sistem elektronik yang digunakan di industri seperti Programmable Logic Controller (PLC), pneumatik, hidraulik, digital dan analog elektronik.
Sejajar perubahan pantas dalam teknologi elektronik, pelajar juga dilatih untuk menghasilkan projek inovasi berdasarkan idea kreatif mereka. Pelajar juga menjalani program bersepadu dengan pihak CIDB yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Pelajar yang berjaya mencapai ketrampilan yang ditetapkan akan mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sijil kursus daripada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Pelajar juga boleh mendapatkan tahap yang lebih tinggi melalui pengalaman semasa bekerjamelalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).
PROSPEK KERJAYA BIDANG ELEKTRONIK
1. Juruteknik Elektronik
2. Juruteknik
3. Juruteknik Robotik
4. Penyelia
5. Tenaga Pengajar Latihan
6. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional (Sektor Awam)
SYARAT UMUM KEMASUKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18-30 Tahun
3. Boleh Membaca, Menulis Dan Mengira
4. Tamat Tingkatan 5
5. Mempunyai Sijil SPM
6. Sihat Tubuh Badan
7. Sihat Fizikal Dan Mental
8. Tidak Rabun Warna (Bagi Kursus-Kursus Tertentu)
9. Tiada Kesalahan Jenayah & Penyalahgunaan Dadah