Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-10-02 09:20:41
    id
    SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK ( JURUTEKNIK ELEKTRIK RENDAH )
    SLS 02
    SKM TAHAP 3
    12 BULAN / 3 BULAN
    IKBN Seri Iskandar
    JABATAN KEJURUTERAAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK ELEKTRIK

    Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa domestik dan industri. 
    Pelajar boleh mengendalikan pemasangan, pendawaian, pengujian dan penyelenggaraan perkakasan elektrik dan kawalan motor.

    Pelajar boleh mengendalikan tugasan secara individu dan berkumpulan di mana secara tidak langsung merupakan pendedahan secara simulasi kepada pelajar sebelum berkecimoung dengan pekerjaan sebenar. Pelajar juga menjalani program bersepadu daripada pihak CIDB yang melibatkan pendaftaran dan ekreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.

    Pelajar yang berjaya mencapai ketrampilan yang ditetapkan akan mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sijil kursus daripada Kementerian Belia Dan Sukan. Pelajar juga boleh mendapatkan tahap yang lebih tinggi melalui pengalaman semasa bekerja melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).

    PROSPEK KERJAYA BIDANG JURUTEKNIK ELEKTRIK RENDAH

    1. Pendawai Elektrik
    2. Juruteknik Pemasangan Dan Penyelenggaraan
    3. Juruteknik Pengujian Dan Pentauliahan
    4. Kontraktor Elektrik
    5. Tenaga Pengajar Kemahiran
    6. Juruteknik Elektrik Dalam Perkhidmatan Awam 

    SYARAT UMUM KEMASUKAN 

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18-30 Tahun
    3. Boleh Membaca, Menulis Dan Mengira
    4. Tamat Tingkatan 5
    5. Mempunyai Sijil SPM
    6. Sihat Tubuh Badan
    7. Sihat Fizikal Dan Mental
    8. Tidak Rabun Warna (Bagi Kursus-Kursus Tertentu)
    9. Tiada Kesalahan Jenayah & Penyalahgunaan Dadah

    Please publish modules in offcanvas position.