Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-10-02 09:24:04
    id
    SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK ( PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA - PW2 )
    SLW 01
    SURUHANJAYA TENAGA PW2
    18 BULAN / 6 BULAN
    IKBN Seri Iskandar
    JABATAN KEJURUTERAAN TEKNOLOGI ELEKTRONIK ELEKTRIK

    Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa domestik dan industri. Pelajar boleh mengendalikan pemasangan, pendawaian, pengujian dan penyelenggaraan perkakasan elektrik dan kawalan motor. Pelajar boleh mengendalikan sistem pencegahan kebakaran, kawalan motor dan pengubah. Pelajar boleh merekabentuk litar elektrik. 

    Mengadakan pengujian dan pengukuran pendawaian. Pelajar juga menguasai sistem audio video dan siar raya, smart Home System dan Close Circuit Television (CCTV). Pelajar juga menjalani program bersepadu dengan pihak CIDB yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untukmeningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Sepanjang kursu ini pelajar akan didedahkan dengan cara membuat pendawaian elektrik mengikut garis panduan Suruhanjaya Tenaga dan Malaysian Standards. Pelajar yang berjaya mencapai kekompetenan yang ditetapkan akan mendapatpengiktirafan kekompetenan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dan sijil kursus daripada Kementerian Belia Dan Sukan.

    PROSPEK KERJAYA BIDANG PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA - PW2

    1. Pendawai Elektrik
    2. Juruteknik Pemasangan Dan Penyelenggaraan
    3. Juruteknik Pengujian Dan Pentauliahan
    4. Kontraktor Elektrik
    5. Tenaga Pengajar Kemahiran
    6. Juruteknik Elektrik Dalam Perkhidmatan Awam
    7. Tingkat Tahap Lebih Tinggi Di Bawah Suruhanjaya Tenaga (ST) 

    SYARAT UMUM KEMASUKAN 

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18-30 Tahun
    3. Boleh Membaca, Menulis Dan Mengira
    4. Tamat Tingkatan 5
    5. Mempunyai Sijil SPM
    6. Sihat Tubuh Badan
    7. Lulus Matematik / Sains ( Bagi Kursus PW2)
    7. Sihat Fizikal Dan Mental
    8. Tidak Rabun Warna (Bagi Kursus-Kursus Tertentu)
    9. Tiada Kesalahan Jenayah & Penyalahgunaan Dadah

    Please publish modules in offcanvas position.