Kursus ini akan menguasai kemahiran menggunakan pelbagai perisian dan peralatan bagi menyusun letak pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi pembangunan multimedia. Pelajar mahir menggunakan peralatan digital seperti kamera video, kamera digital, DSLR dan sebagainya. Di samping itu, pelajar didedahkan dengan pelbagai teknik pencahayaan dan kawalan lampu bagi menghasilkan kerja-kerja grafikdan audio dan import video. Asas pengaturcaraan dan skrip multimedia.
Disamping itu pelajarjuga akan di ajar cara-cara mengimport dan menyalin fail multimedia dan format fail yang akan mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada Jabatan PembangunanKemahiran (JPK) dan siji kursus daripada Kementerian Belia Dan Sukan. Pelajar juga boleh mendapatkan tahap yang lebih tinggi melalui pengalaman semasa bekerja melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).
PROSPEK KERJAYA BIDANG PEREKABENTUK MULTIMEDIA PENGARANGAN
1. Perekabentuk Grafik
2. Perekabentuk Multimedia
3. Jurufoto
4. Editor Video & Audio
5. Juruvideo
6. Tenaga Pengajar Kemahiran
7. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional (Sektor Awam)
SYARAT UMUM KEMASUKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18-30 Tahun
3. Boleh Membaca, Menulis Dan Mengira
4. Tamat Tingkatan 5
5. Mempunyai Sijil SPM
6. Sihat Tubuh Badan
7. Sihat Fizikal Dan Mental
8. Tidak Rabun Warna (Bagi Kursus-Kursus Tertentu)
9. Tiada Kesalahan Jenayah & Penyalahgunaan Dadah