Kursus ini akan menguasai kemahiran pendawaian sistem rangkaian komputer, konfigurasi sistem rangkaian dan pengurusan rangkaian komputer. Pengurusan kawalan data adalah merangkumi kerja-kerja mengenalpasti masalah, membaikpulih dan kerja-kerja menyelenggara sistem agihan. Pendedahan kongsep rangkaian meliputi rekabentuk, implementasi, penyelenggaraan komputer dan pelayan. Pelajar akan mempelajari mengenai kemahirandi dalam perkakasan komputer, organisasi komputer, asas rangkaian, perkhidmatan internet, switching dan routing, rekabentuk rangkaian, pengurusan pelayan dan keselamatan rangkaian.
Pelajar juga menjalani program bersepadu dengan
pihak CIDB yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan. Pelajar yang berjaya mencapai ketrampilan yang ditetapkan akan mendapat pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan sijil kursus daripada Kementerian Belia Dan Sukan. Pelajar juga boleh mendapatkan tahap yang lebih tinggi melalui pengalaman semasa bekerja melalui Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT).
PROSPEK KERJAYA BIDANG RANGKAIAN KOMPUTER
1. Pembantu Jurutera
2. Juruteknik Penyelenggaraan Komputer
3. Juruteknik Rangkaian Komputer
4. Pembantu Tadbir Sistem
5. Data Cable Installer
6. Tenaga Pengajar Kemahiran
7. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional (Sektor Awam)
SYARAT UMUM KEMASUKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18-30 Tahun
3. Boleh Membaca, Menulis Dan Mengira
4. Tamat Tingkatan 5
5. Mempunyai Sijil SPM
6. Bujang
7. Sihat Tubuh Badan
8. Sihat Fizikal Dan Mental
9. Tidak Rabun Warna (Bagi Kursus-Kursus Tertentu)
10. Tiada Kesalahan Jenayah & Penyalahgunaan Dadah