Kursus Jangka Panjang
    created
    2025-10-01 15:49:08
    id
    Sijil Lanjutan Teknologi Fesyen Dan Pakaian (Jahitan Pakaian Wanita)
    SPW 03
    SKM 3
    21 Bulan + 3 Bulan LI
    IKBN Tanah Merah

    Kursus Jahitan Pakaian Wanita merupakan antara program yang ditawarkan oleh Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian di IKBN Tanah Merah, Modul kursus adalah berasaskan 'National Occupational Skill Standard' (NOSS) dan disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi fesyen dan pakaian. Modul pembelajaran adalah seperti lukisan Ilustrasi, jenis-jenis jahitan tangan, komponen dalam penghasilan pakaian wanita, mendraf pola dan pattern pakaian wanita, pembuatan pakaian kasual wanita, pembuatan pakaian tradisional wanita, pembuatan pakaian kontemporari wanita, lukisan ilustrasi menggunakan teknik digital, membuat pola menggunakan teknik digital, Pembuatan pakaian kerja wanita dan pembuatan pakaian perkahwinan wanita. Objektif program adalah bagi memenuhi kehendak dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita seterusnya menjadi pemacu utama dalam usaha melahirkan tenaga mahir tempatan yang mempunyai kemahiran tinggi, kreatif dan dinamik

    Please publish modules in offcanvas position.