Memberi kefahaman tentang prinsip Rekabentuk Produk Industri serta mengembangkan kemahiran berfikir kreatif, kritis dan inovatif dalam menyelesaikan masalah rekabentuk. Mengaplikasikan elemen dan prinsip rekabentuk dalam penghasilan produk yang berfungsi dan estetik. Mendedahkan pelajar kepada proses rekabentuk produk daripada kajian, lakaran, pemodelan hingga penghasilan prototaip. Menguasai penggunaan bahan, alat dan teknologi yang sesuai dalam rekabentuk produk. Menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pengguna, ergonomik, keselamatan dan kelestarian alam sekitar serta membina kemahiran komunikasi visual melalui lakaran, lukisan teknikal dan pembentangan idea. Selain itu, memupuk sifat profesional, kerja berpasukan dan etika dalam bidang rekabentuk industri.