Program Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan - CAD/CAM) memberi penekanan kepada penguasaan teknologi reka bentuk dan pembuatan moden berasaskan komputer. Pelajar akan mempelajari kemahiran mereka bentuk komponen menggunakan Computer-Aided Design (CAD), menghasilkan program pemesinan menggunakan Computer-Aided Manufacturing (CAM) serta mengendalikan mesin CNC (Computer Numerical Control) mengikut piawaian industri.
Selain itu, program ini turut merangkumi pengetahuan dalam proses pembuatan, lukisan kejuruteraan, metrologi, bahan kejuruteraan, kawalan kualiti, penyelenggaraan mesin dan amalan keselamatan di tempat kerja. Latihan amali dijalankan di bengkel dan makmal yang dilengkapi dengan peralatan serta perisian terkini bagi memastikan graduan memiliki kemahiran yang memenuhi keperluan industri.
Graduan berpeluang menceburi kerjaya sebagai:
Juruteknik CAD/CAM
Programmer CNC
Juruteknik Pembuatan
Juruteknik Rekabentuk Mekanikal
Penyelia Pengeluaran
Juruteknik Kawalan Kualiti (QC)
Juruteknik Penyelenggaraan Industri
Usahawan dalam bidang pembuatan dan kejuruteraan mekanikal
Program ini sesuai bagi individu yang berminat dalam bidang reka bentuk produk, automasi, pemesinan berketepatan tinggi dan teknologi pembuatan berasaskan Industri 4.0. Graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan mekanikal, pembuatan atau reka bentuk industri.
IKTBN Sepang,Bandar Baru Salak Tinggi,43900 Sepang, Selangor,
No Tel : 03-8706 1720This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST