AUDIT AKREDITASI PEMANTAUAN 1 (1ST SURVEILLANCE) MS ISO 9001:2015 IKBN KEMASIK

    AUDIT AKREDITASI PEMANTAUAN 1 (1ST SURVEILLANCE) MS ISO 9001:2015 IKBN KEMASIK

    Kemasik, Kemaman – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik telah menerima kunjungan pasukan audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Muhamad Hadie Aizzat bin Asli bagi melaksanakan Audit Pemantauan 1 (1st Surveillance) MS ISO 9001:2015. 

    Audit ini dilaksanakan bagi menilai pematuhan dan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di IKBN Kemasik serta memastikan sistem yang diwujudkan terus dilaksanakan dan diselenggara selaras dengan keperluan standard MS ISO 9001:2015. Sepanjang dua hari pelaksanaan, proses audit melibatkan semakan dokumentasi dan rekod berkaitan prosedur kerja, lawatan ke fasiliti serta lokasi pelaksanaan proses, pemerhatian terhadap pelaksanaan aktiviti dan sesi temu bual bersama pegawai yang terlibat.

    Tahniah IKBN Kemasik! 👏🏻

    Hasil audit menunjukkan tiada Ketakakuran (0 NCR) direkodkan. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan seluruh warga IKBN Kemasik dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pasukan Pemandu MS ISO 9001:2015 serta seluruh warga IKBN Kemasik atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang proses persediaan dan pelaksanaan audit, termasuk barisan jawatankuasa yang baharu dilantik.

    TVET Pilihan Kerjaya Utama.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    #IKBNKemasik
    #TeamILKBS
    #TVETMalaysia
    #MalaysiaMADANI
    #JomMasukIKBNKemasik

    Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik
    Km 19, Jalan Kemaman – Dungun,
    24200 Kemasik Kemaman, Terengganu Darul Iman.

    No. Telefon: 09-866 4500
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.